KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN  
     


PERUTUSAN PENGARAH


OBJEKTIF PENUBUHAN


VISI


MISI


HOME
 

 

Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Perlis merupakan salah satu institusi yang menawarkan latihan teknikal, ditubuhkan di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Terletak 2 km dari Pekan Kuala Perlis dan 12 km dari Bandar Kangar. Keluasan tanah 24 ekar dapat menampong satu blok Pentadbiran, Dewan Besar, Surau, Dewan Makan juga blok Asrama dan lima blok Bengkel-bengkel dengan pelbagai kemudahan tambahan seperti Padang Bola, Padang Kawad menjadikan kos pembinaan mencecah 65 juta.


Tujuan penubuhan institut ini adalah untuk memenuhi keperluan kerja mahir di kalangan pekerja tempatan disamping membuka peluang latihan teknikal secara formal kepada pekerja-pekerja sektor perindustrian dan para belia lepasan sekolah bagi membolehkan mereka mendapatkan kemahiran di dalam bidang yang diminati mereka.

OBJEKTIF PENUBUHAN

Menyediakan Latihan Kemahiran dalam bidang Automotif, Binaan dan Maritim pada golongan belia yang ditetapkan oleh MLVK bagi memenuhi permintaan pasaran-pasaran industri semasa.

Menyediakan Latihan Pembangunan Insan ke arah menzahirkan peribadi yang berakhlak mulia mengikut modul yang ditetapkan oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Menyediakan latihan jangka pendek dalam bidang-bidang yang berkaitan bagi kakitangan industri atau awam disamping menyediakan kursus-kursus berbentuk ‘Customised’.

VISI

Menjadikan golongan Belia Berdisiplin dan Berkemahiran

MISI

Untuk menjadi peneraju di dalam pembangunan insan melalui pendidikan dan latihan yang berkualiti.

HOME

   
   
| © 2003 Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Perlis All rights reserved. |
| Access to and use of this Web Site is subject to these |