PERUTUSAN PENGARAH


PROFIL IKBN


KURSUS YANG DITAWARKAN

KEMUDAHAN

 
   

FAQ

SOALAN

1. Apa itu IKBN ?

2. Bila dan dimanakah saya boleh mendapatkan borang permohonan untuk kemasukan ke
IKBN Kuala Perlis ?

3. Adakah borang kemasukan akan dikenakan bayaran oleh pihak tuan ?

4. Apakah kursus-kursus yang ditawarkan di IKBN Kuala Perlis ?

5. Saya adalah pelajar lepasan SPM dan kurang cemerlang dalam biadang akademik,
adakah saya layak untuk memohon ke IKBN dan apakah syarat-syarat minima yang dikenakan
oleh IKBN Kuala Perlis ?

6. Jika saya berjaya memasuki IKBN Kuala Perlis, berapakah yuran yang terpaksa dibayar sepanjang
tempoh latihan ?

7. Apakah kemudahan yang disediakan oleh pihak IKBN Kuala Perlis untuk pelajarnya ?

8. Apakah sijil yang akan diperolehi oleh pelajar institut ini dan apakah ianya diiktiraf oleh
Kerajaan Malaysia ?

9. Bagaimanakah dengan pekerjaan apabila saya tamat menjalani latihan di IKBN ini kelak ?

10. Setelah saya tamat dengan jayanya di IKBN ini, adakah saya berpeluang untuk melanjutkan
pelajaran ketahap yang lebih tinggi ?

JAWAPAN

1. IKBN adalah singkatan daripada Institut Kemahiran Belia Negara. Ia ditubuhkan oleh
Kementerian Belia dan Sukan adalah bertujuan untuk memberi latihan teknikal secara formal kepada
para lepasan sekolah yang kurang cemerlang dalam bidang akademik. Objektif penubuhan adalah :
- Melahirkan tenaga yang mahir untuk keperluan sektor industri.
- Meniggikan kemahiran para belia supaya mereka mampu memberi sumbangan
yang lebih berkesan kearah pembanggunan negara.
- Memudahkan para lepasan sekolah mendapat pekerjaan.

2. Anda boleh mendapatkan borang permohonan di IKBN Kuala Perlis itu sendiri, ataupun di
IKBN-IKBN yang berhampiran dan ianya juga akan disiarkan diakhbar-akhbar tempatan pada hari
Ahad. Kemasukannya adalah dua kali setahun iaitu pada Januari dan Julai.

3. Bagi borang kemasukan ke IKBN tidak akan dikenakan sebarang bayaran. Bagaimanapun ianya
terhad setiap satu borang hanya untuk seorang sahaja.

4. Kursus-kursus yang ditawarkan di IKBN Kuala Perlis adalah :
- Automotif - Mekanik Jentera Berat
- Mekanik Kenderaan Perdagangan
- Mekanik Kenderaan Motor
- Ketuk Mengetuk dan Semburan Cat
- Maritim - Mekanik Marin
- Awam - Lukisan Senibina
- Landskap
- CADD

5. Anda dan semua pelajar lepasan SPM layak untuk memohon dan mengikuti kursus-kursus yang
ditawarkan dengan syarat minima ialah lulus dalam Bahasa Malaysia dan Matematik serta lulus
dalam mana-mana subjek lain yang berkaitan dengan kursus yang dipohon.

6. Di IKBN Kuala Perlis kita tidak menggunakan sebarang yuran semasa anda menjalani latihan
disini, malah pihak Kementerian Belia dan Sukan akan memberi elaun sebanyak RM100.00 sebulan.
pihak IKBN Kuala Perlis hanya mengenakan yuran semasa anda mendaftar dan ianya amat berpatutan.

7. Antara kemudahan asas yang disediakan adalah seperti berikut:
-Elaun sebanyak RM 100.00
-Kemudahan asrama untuk lelaki dan perempuan secara percuma
-Makan dan minum enam kali sehari secara percuma
-Latihan kemahiran
-Kemudahan sukan -Bola sepak,bola keranjang,pingpong,badminton,bola tampar,sepak takraw
tenis dan lain -lain.
-Kemdahan pusat sumber
-Bengkel latihan yang selesa
-Peralatan latihan yang terkini dan berteknologi tinggi
-Surau

8. Apabila pelatih tlah tamat dengan jayanya mereka akan dianugerahkan dengan
SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA tahap 1 dan 2 yang dikeluarkan oleh pihak MLVK
(Majlis Latihan Voksional Kebangsaan)

9. Negara memerlukan tenaga mahir yang ramai jadi peluang pekerjaan sangat luas dimana
hampir semua lulusan IKBN mendapat pekerjaan samaada dalam sektor swasta mahupun kerajaan.

10. Peluang sentiasa terbuka untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi seperti
Institusi Kemahiran Tinggi Belia Negara,Sepang (IKTBN)Malaysian France Institusi (MFI),
German Malaysian Training intstitute(GMTI),ARTEC dan lain -lain lagi Institut pengajian swasta
mahupun kerajaan dimana ianya menawarkan SMK tahap 3 dan Diploma Kemahiran.

 


     
   
| © 2004 Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Perlis All rights reserved. |
| Access to and use of this Web Site is subject to these |