Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera

Terlebih dahulu, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t dengan izin dan limpah kurniaNya laman
web ini dapat disempurnakan. Perkembangan
teknologi, komunikasi dan maklumat (ICT)
telah meningkat dengan pesatnya yang memerlukan
kita bergerak seiring dengannya. Sebagai salah sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab
menyediakan latihan kemahiran dan bina jati diri kepada belia-belia, institut ini melihat
perkembangan globalisasi serta liberalisasi
mempengaruhi peningkatan permintaan guna
tenaga mahir di dalam negara.
Untuk
merialisasikan hasrat kerajaan dan objektif
penubuhan IKBN ini, golongan belia masa
kini yang tidak mempunyai peluang melanjutkan
pelajaran di bidang akademik diseru untuk
mengorak langkah dengan menyertai agensi-agensi
kerajaan yang menawarkan latihan kemahiran
dan keusahawanan agar kumpulan pekerja berkemahiran,
kental dapat dilahirkan. Seiring dengan
itu, institut ini sentiasa mempertingkatkan
kapasiti pengeluaran guna tenaga mahir yang
berkualiti bagi pasaran buruh yang mencabar.
Saya
berharap melalui penggunaan laman web ini,
pengguna khususnya golongan belia dapat
memperolehi pelbagai maklumat dan idea dalam
memilih bidang latihan yang bersesuaian
serta dapat membuat penilaian terhadap kemudahan-kemudahan
yang ditawarkan.
Akhir
sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada
semua warga IKBN yang berkerjasama dalam
menyiapkan laman web ini. Pandangan dan
sokongan daripada semua amatlah saya alu-alukan
dan hargai. Semoga komitmen dan sumbangan
yang diberikan ini dapat menghasilkan kecemerlangan
yang berterusan kepada IKBN Kuala Perlis.
Insyaalah.
RAZALI BIN HAJI ISMAIL
Pengarah
Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Perlis,
Perlis.